LEGENDA TOK KELEMBAI

Sempena Malam Tradisi Sastera Rakyat (MTSR) yang ke-26, dua program melibatkan Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama – PBMP) dari Fakulti Pengajian Pendidikan dan Bacelor Kesusasteraan Melayu dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi semester keempat Universiti Putra Malaysia akan mempersembahkan sebuah teater bertajuk “LEGENDA TOK KELEMBAI” . Teater ini dianjurkan oleh pelajar-pelajar yang mengikuti kursus BBK 3305: Kesusasteraan Rakyat Melayu. MTSR ini diusahakan sebagai memenuhi keperluan tradisi keilmuan, khususnya dalam mengkaji dan menghayati Kesusasteraan Rakyat Melayu.
            Teater ini akan dipentaskan di Panggung Percubaan, PKKSSAAS, UPM pada 3 April 2011 (Ahad) jam 8:00 malam. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi pementasan teater ini. Masuk adalah percuma.