2 April 2011 - Tirai pementasan dibuka!


Hari yang penuh debaran bagi seluruh jawatankuasa pelaksana Malam Tradisi Sastera Rakyat (MTSR) ke-26 "Legenda Tok Kelembai" apabila hari pementasan akhirnya kunjung tiba. Lebih merasai debaran, tentunya tenaga pelakon, penari sewang serta pemuzik. Tidak lupa juga, penasihat pementasan serta pensyarah kursus BBK3305, Pn. Hajah Halimah Hassan yang turut menemani kami di Panggung Percubaan, PKKSSAAS, UPM sepanjang latihan berlangsung. Penunjuk ajar, Pn. Zainatul Shuhaida serta En. Faizal yang banyak membantu sudah pastinya turut merasai debaran yang sama. Setelah bertungkus lumus menjalani latihan dan membuat persiapan, akhirnya MTSR ke-26 "Legenda Tok Kelembai" membuka tirainya. Dihadiri oleh Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB. Dato' Hj. Hassan bin Malek, perarakan masuk VVIP diiringi dengan paluan kompang diketuai En. Shah Rizan Zain bersama sembilan yang lain. Majlis kemudiannya diserahkan kepada saudara dan saudari pengacara majlis, iaitu  saudara Mohammad Izzwan bin Zahanuddin dan saudari Ummi Nazifah binti Kamarudin.

Sebelum perarakan masuk
  
      Sebelum pementasan sebenar membuka tirainya, majlis dimulakan dengan persembahan pembukaan iaitu tarian zapin daripada kumpulan Tandak, Kolej 14. Majlis seterusnya disambung dengan bacaan doa oleh saudara Mohamad Rezal bin Abd Razak untuk mendapatkan keberkatan Ilahi. Menjadikan majlis lebih menarik adalah upacara perasmian oleh
Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB. Dato' Hj. Hassan bin Malek dengan menandatangani 'banner' perasmian serta memukul gong sebanyak tiga kali.
Seterusnya, majlis disambung dengan penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat.


Perasmian oleh Timb. Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,
YB.Dato'Hj. Hassan bin Malek

  
     Masa yang dinantikan telah tiba, maka dengan itu bermulalah pementasan teater tradisi "Legenda Tok Kelembai". Turut mencuri tumpuan penonton ialah persembahan selingan antaranya, persembahan nyanyian oleh saudari Nabila Nani, persembahan nyanyian oleh saudara Mohd Firdaus, tarian zapin Tandak 14, gurindam oleh Mas Adeki serta persembahan istimewa daripada En. Raman yang meniup pensol dengan menggunakan hidung. Mendapat sorakan daripada penonton yang memenuhi panggung percubaan, MTSR ke-26 "Legenda Tok Kelembai" akhirnya menutup tirai pementasan dengan jayanya.


Penyampaian cenderamata kepada YB. Dato'














Pementasan bermula!


Sewang Semelai











Tiupan pensol bersama En. Raman 

Bergurindam bersama Mas Adeki

Tarian Zapin Tandak 14


























 
Antara babak dalam pementasan "Legenda Tok Kelembai"

Tok Kelembai mengubati salah seorang penduduk kampung

Pemuzik yang mengiringi lakonan

Persembahan nyanyian oleh saudari Nabila Nani

Persembahan nyanyian bersama  saudara Mohd Firdaus
   










Sesi bergambar setelah tamatnya pementasan






  



     Sesungguhnya, segala usaha dan penat lelah semua pihak yang terlibat akan sentiasa menjadi satu kenangan yang akan dirindui. Semoga Malam Tradisi Sastera Rakyat (MTSR) akan terus menjadi satu tradisi yang membanggakan!

28 Mac 2011

Majlis Perasmian Pameran & MTSR ke-26 'Legenda Tok Kelembai'


28 Mac 2011, satu tarikh bersejarah kepada semua jawatankuasa pelaksana Malam Tradisi Sastera Rakyat (MTSR) ke-26 'Legenda Tok Kelembai' terutamanya kepada jawatankuasa pameran yang menguruskan majlis ini. Bertempat di Unit Kecemerlangan Warisan Bangsa, FBMK, UPM, satu Majlis Perasmian Pameran & MTSR ke-26 telah diadakan. Majlis ini bermula pada jam 9 pagi dengan dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Haji Che Ibrahim Haji Salleh selaku dekan di FBMK, UPM. Turut memeriahkan suasana ialah dengan kehadiran pelajar-pelajar dari Yunan. Dibuka kepada semua sehingga 4 April ini, Unit Kecemerlangan Warisan Bangsa, FBMK, UPM menantikan kedatangan anda.. Semoga semua pihak yang telah dan akan berkunjung ke pameran ini akan berpuas hati dengan layanan jawatankuasa yang bertugas serta maklumat yang diperoleh. Kepada yang masih belum berpeluang berkunjung, datanglah segera sebelum pameran ini berakhir!

Tarian Sewang yang disertai oleh pelajar dari Yunan


Antara tetamu terawal yang datang menyaksikan pameran

"Usher" yang serba biru

Ingin menyaksikan video Majlis Perasmian Pameran & MTSR ke-26? Layari http://www.facebook.com/video/video.php?v=193470704022255

About this blog

Anda pelawat yang ke :

web counter

demi masa

Kuala Lumpur

Followers

Powered by Blogger.