Pameran dan Majlis Perasmian Malam Tradisi Sastera Rakyat (MTSR) ke-26


Beberapa hari sebelum pementasan teater tradisi 'Legenda Tok Kelembai' membuka tirai persembahannya di Panggung Percubaan, PKKSSAAS, UPM pada 2 April ini, satu pameran dan majlis perasmian sempena MTSR ke-26 akan diadakan di Unit Kecemerlangan Warisan Bangsa, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM. Majlis perasmian ini akan diadakan pada hari Isnin, 28 Mac 2011, jam 9 pagi dan dirasmikan oleh Dekan FBMK, Prof. Madya Dr. Haji Che Ibrahim Haji Salleh. Pameran sempena MTSR ke-26 ini pula akan dibuka bermula hari Isnin, 28 Mac sehingga Isnin, 4 April 2011. Masa pameran pula adalah dari jam 9 pagi sehingga jam 5 petang.
  
     Ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pameran yang diadakan, datanglah beramai-ramai ke Unit Kecemerlangan Warisan Bangsa di FBMK, UPM pada tarikh-tarikh yang telah dinyatakan. Kehadiran anda amat dialu-alukan. =)
  

Bunting oh bunting!


Tanggal 26 Mac 2011, kami dikejutkan dengan suatu berita yang menggemparkan seluruh ahli jawatankuasa pelaksana MTSR 26. Menjadi cabaran kepada kami apabila bunting yang dihasilkan dengan penat lelah selama seminggu telah ditanggalkan dari pokok tempat bunting-bunting itu ditampal. SIAPAKAH pihak yang bertanggungjawab di atas segala musibah yang menimpa kami ini? Dengan hanya tidak sampai seminggu lagi teater kami bakal membuka tirainya, kesabaran kami benar-benar teruji. Walaupun demikian, perkara ini sama sekali tidak akan mematahkan semangat kami untuk terus membuat yang terbaik pada malam pementasan ini nanti.


Antara 'bunting' yang dihasilkan oleh jawatankuasa pelaksana MTSR ke-26
"Legenda Tok Kelembai"

     Ingin melihat kami beraksi, datanglah beramai-ramai ke pementasan teater tradisi 'Legenda Tok Kelembai' yang akan dipentaskan pada 2 April 2011 di Panggung Percubaan, PKKSSAAS, UPM. Masuk adalah percuma. Merit turut disediakan. Jumpa di sana!

On-Air dari Studio Putra fm..

23 Mac 2011, menjadi satu tarikh yang agak bermakna bagi kami selaku jawatankuasa publisiti dan dokumentasi kerana dapat bersama-sama dengan Pengerusi Jawatankuasa Induk MTSR ke-26 iaitu saudara Muhammad Afzan bin Ismail dan pelakon utama dalam pementasan teater tradisi ini, iaitu saudara Mohd Alias bin Mat Yusoff.. 
Pengerusi menjawab soalan yang dikemukakan.. Dah macam DJ..
     Siaran ini bermula daripada jam 12 tengahari sehinggalah jam 1 petang.. Berbagai-bagai soalan telah diajukan   kepada Afzan dan Alias berkenaan Malam Tradisi Sastera Rakyat (MTSR) ke-26 yang bakal membuka tirai pementasan pada 2 April 2011 (Sabtu) ini jam 8 malam di Panggung Percubaan, PKKSSAAS, UPM.. Antara soalannya ialah berkaitan tentang sinopsis cerita, harapan terhadap pementasan, watak Tok Kelembai yang dibawa, serta objektif pementasan.. Kesemua soalan yang diajukan oleh DJ bertugas telah pun dijawab dengan sebaik mungkin oleh mereka berdua.. 

Pelakon utama sedang ke udara secara langsung





Afzan dan Alias bersama jawatankuasa publisiti dan dokumentasi serta rakan yang turut memberi sokongan..


     Dengan adanya hebahan melalui radio putra fm ini, diharap akan lebih banyak tetamu yang akan menghadirkan diri semasa hari pementasan teater tradisi 'Legenda Tok Kelembai' ini.. Sebelum itu, anda semua turut diiundang untuk menyaksikan pameran sempena MTSR ke-26 ini yang akan diadakan di Unit Kecemerlangan Warisan Bangsa, FBMK, UPM bermula pada hari Isnin (28 Mac) sehingga hari Ahad (4 April) 2011.. Kedatangan anda amat dialu-alukan dan masuk adalah percuma.. =)

     Sebelum mengundur diri, mari kita sama-sama mendengar dan melihat sebahagian daripada rakaman semasa sesi ke udara tersebut di http://www.facebook.com/video/video.php?v=192012807501378 dan http://www.facebook.com/video/video.php?v=192006357502023..




Sesi fotografi diadakan sekali lagi.. Kali ni untuk hebahan media.. Pelakon, penari sewang dan pemuzik terlibat dalam 'photoshoot' ni.. Pelakon dan penari sewang siap kena pakai kostum dan mekap ala-ala orang asli.. Hehee.. Cantik jugak.. Jom kita sama-sama menyaksikan gelagat mereka.. Zazzzzzzzzzz..

Penari sewang dalam pementasan ni.. Dah ada kemajuan.. Tahniah!


Ini lah watak utama, Tok Itam, Tok Kelembai dan Tok Nering..


Ha, yang ni pulak ada pelakon, penari sewang dan pemuzik..
yang berbaju hijau tu jawatankuasa yang terlibat.. diorang pun nak 'glamour' jugak.. =)



Ini lah antara gambar-gambar yang berjaya di'snap' oleh jurugambar a.k.a jawatankuasa publisiti dan dokumentasi.. Kalau tak berapa nak cantik tu, mintak maaf la ye..




Lawatan

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERKAMPUNGAN ORANG ASLI CHE WONG, KUALA GANDAH, PAHANG


Pelbagai pengalaman berguna ditimba  oleh 97 orang pelajar kursus Kesusasteraan Rakyat Melayu (BBK 3305), Universiti Putra Malaysia, ketika Lawatan Sambil Belajar ke Perkampungan Orang Asli Che Wong, Kuala Gandah, Lanchang , Pahang pada 13 Februari yang lalu.

       Lawatan sambil belajar ini adalah anjuran pelajar kursus Kesusasteraan Rakyat Melayu yang terdiri daripada  gabungan pelajar dari Fakulti Pengajian Pendidikan dan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,  dengan mendapat kerjasama daripada Jabatan Orang Asli daerah Temerloh, Pahang. Lawatan ini   bertujuan untuk mengenali budaya dan corak hidup komuniti Orang Asli Che Wong, di Sungai Serting, Kuala Gandah, Lanchang, Pahang,  supaya dapat diaplikasikan dalam pementasan Malam Tradisi Sastera Rakyat ke-26  yang bertajuk “Legenda Tok Kelembai”  yang akan diadakan pada 3 April 2011 akan datang. Malam Tradisi Sastera Rakyat (MTSR) merupakan program tradisi yang akan diadakan setiap tahun oleh Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, sebagai salah satu komponen kursus BBK 3305 Kesusasteraan Rakyat Melayu. Lawatan sambil belajar itu diketuai oleh saudara Muhammad Afzan Ismail  yang merupakan pengerusi jawatankuasa induk MTSR ke-26, dan turut disertai oleh Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Prof. Madya Dr. Che Ibrahim bin Hj. Salleh serta pensyarah dan penasihat kursus Puan Hajah Halimah Hassan. Turut serta dalam lawatan ini ialah Puan Zainatul Shuhaida Ab. Rahman dan Encik Faizal  bin  Zainal Abidin selaku penunjuk ajar pementasan.

Pelajar di Perkampungan Orang Asli Che Wong

         Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sehari di perkampungan orang asli tersebut ialah mempelajari tarian sewang, membuat kraftangan dan menjahit pakaian Orang Asli Che Wong. Aktiviti ini juga telah  membantu para pelajar menyediakan props dan kostum bagi pementasan yang bakal diadakan.
Peserta program, Ummi Nazifah  Kamarudin, 22, dari Fakulti Pengajian Pendidikan berkata bahawa aktiviti seperti ini telah dapat menyelami dan mempelajari khazanah budaya dan cara hidup masyarakat orang asli yang semakin dilupakan seperti tarian sewang, membuat kraftangan dan banyak lagi yang jarang dapat dipelajari di tempat lain.  Pengalaman yang ditimba akan diaplikasi untuk pementasan Teater Tok Kelembai dan menjadi kenangan sepanjang hayat.

Pelajar dan pensyarah kursus bersama-sama belajar membuat anyaman 

    Pelajar juga berpeluang melawat Pusat Konservasi Gajah yang terletak berhampiran dengan Perkampungan Orang Asli Che Wong tersebut. Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah ini merupakan satu-satunya yang serupa itu di negeri Pahang.

Pelajar berkesempatan melawat Pusat Konservasi Gajah
         Sementara itu, En. Tarak Batin Beok selaku pegawai  di Jabatan Orang Asli Temerloh berkata, beliau sangat berbesar hati menerima kehadiran pelajar-pelajar UPM yang mengadakan lawatan sambil belajar di sini. Beliau berkata masyarakat orang asli di Malaysia kesemuanya ada 15 jenis, dan masyarakat Orang Asli Che Wong merupakan salah satu etnik yang semakin pupus berdasarkan bilangan populasinya yang semakin menurun. Menurut beliau, bilangan Orang Asli Che Wong sekarang tidak sampai 300 orang. Bilangan ini dikhuatiri akan menurun lagi kerana sifat mereka yang sangat pemalu dan sukar bercampur dengan orang di luar komuniti mereka.

        Sebelum pulang, pelajar juga telah memberi sedikit sumbangan berbentuk makanan dan pakaian kepada orang asli di sana. Walaupun lawatan tersebut hanya satu hari, namun pengalaman yang ditimba oleh para pelajar tidak ternilai harganya.

Pelajar BBK 3305, Pn. Aida, Pn. Hjh. Halimah Hassan
serta Orang Asli Che Wong bergambar sebagai kenangan sebelum bertolak pulang ke UPM








Latihan untuk pementasan teater tradisi ini telah dijalankan pada setiap minggu, iaitu pada hari sabtu (malam) dan hari ahad (pagi). Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang latihan ini berlangsung. Sebagai pembukaan, semua jawatankuasa yang terlibat dikehendaki memanaskan dan meregangkan badan (stretching) terlebih dahulu dan diikuti dengan latihan vokal dan pernafasan bagi mengelakkan kekejangan semasa latihan dan memastikan latihan lakonan berjalan dengan lancar. Usai sahaja sesi memanaskan badan, semua jawatankuasa dibekalkan dengan sarapan (ahad) dan minum malam (sabtu) sebelum latihan dimulakan. Setelah itu, kumpulan besar ini dipecahkan kepada barisan pelakon, penari, pemain muzik dan jawatankuasa pelaksana yang setiap satu mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Semoga segala penat lelah daripada semua jawatankuasa yang terlibat akan terbayar dengan pementasan teater yang akan dipentaskan pada 3 April 2011 nanti yang diharap akan dipentaskan dengan jayanya.  


Pemain muzik berlatih memainkan rentak sewang


Penari sewang ketika sesi latihan






About this blog

Anda pelawat yang ke :

web counter

demi masa

Kuala Lumpur

Followers

Powered by Blogger.