Latihan untuk pementasan teater tradisi ini telah dijalankan pada setiap minggu, iaitu pada hari sabtu (malam) dan hari ahad (pagi). Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang latihan ini berlangsung. Sebagai pembukaan, semua jawatankuasa yang terlibat dikehendaki memanaskan dan meregangkan badan (stretching) terlebih dahulu dan diikuti dengan latihan vokal dan pernafasan bagi mengelakkan kekejangan semasa latihan dan memastikan latihan lakonan berjalan dengan lancar. Usai sahaja sesi memanaskan badan, semua jawatankuasa dibekalkan dengan sarapan (ahad) dan minum malam (sabtu) sebelum latihan dimulakan. Setelah itu, kumpulan besar ini dipecahkan kepada barisan pelakon, penari, pemain muzik dan jawatankuasa pelaksana yang setiap satu mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Semoga segala penat lelah daripada semua jawatankuasa yang terlibat akan terbayar dengan pementasan teater yang akan dipentaskan pada 3 April 2011 nanti yang diharap akan dipentaskan dengan jayanya.  


Pemain muzik berlatih memainkan rentak sewang


Penari sewang ketika sesi latihan